Pada minggu ini, kami telah diberi perisian Apps 3. Semasa Apps 1, kami telah explore dan belajar tentang interface dan juga kegunaan Adobe Flash, manakala Apps 2, kami telah belajar untuk melukis gambar dan menekap gambar menggunakan Onion tool.
Minggu ini, kami diberi peluang untuk explore Apps 3, dalam Apps 3 kami diajar untuk membuat animasi seperti bola melantun, huruf bertukar kepada image, semut berjalan ikut laluannya dan banyak lagi...
Ini adalah antara hasil dari pembelajaran melalui Apps i-Pad.
1)bola melantun
2)FLASH bertukar sebuah Bintang
3)Semut Pandai
Sunday, May 13, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Kelas Minggu ke-10
Pada kelas minggu ke-10 ini, kami diberi peluang untuk mencuba iPad bagi mempelajari Adobe Flash. Pengajar kami Miss Nurul Farhana yang juga merupakan pelajar Phd telah membantu kami sebagai pemudahcara. Kali ini kami belajar secara Mastery Learning dan juga kaedah Student Centred. iPad dan juga perisian Flash yang disediakan memudahkan kami memahami maksud setiap icon yang terdapat dalam paparan Flash. Dengan perisian mesra pengguna ini kami berkemungkinan boleh memahami semuanya secara teori, namun saya berharap kami dapat belajar secara praktikal, mungkin melalui tugasan-tugasan yang disediakan.. (tak sabar nak belajar buat animasi pokok yang tumbuh dari biji benih, tumbuh dan seterusnya membesar dan mengeluarkan buah)..
Sunday, April 22, 2012
Kelas Minggu Ke Sembilan
Pada minggu sembilan ini kami membuat ulangkaji ape yang telah dipelajari. Prof ada menunjukkan extension dreamweaver... Extension ini adalah menu tambahan yang boleh digunakan bagi menyiapkan assigment 1... Extension ini juga menyebabkan ramai pengguna meminati software dreamweaver... assigment 1 perlu di hantar sebelum 11/5/2012 11.55mlm...
Kelas Minggu Ke Lapan
Pada minggu ini sambung blaja cara nak setting Find User dan Delete User information pada menu admin... nampaknya kene banyak eksplore dan bertanye lagi.. Nota kengkawan Haliza Dan Fadli banyak membantu saya. Tq kengkawan.. :)
Kelas Minggu ke Tujuh
Pada minggu tujuh ini, datang kelas dengan penuh semangat sebab dah boleh buat tugasan yang diberi.. tapi lepas sambung belajar tentang Update, Delete dan Find User... rase nak tenggelam balik... huhu (baru je dapat mendarat, dah kene tarik ke laut balik)..
Nampaknye kene usaha lebih lagi.. Cayok2..
Nampaknye kene usaha lebih lagi.. Cayok2..
Kelas Minggu Ke Enam
salam.. Pada minggu ini kami dapat mengulangkaji tentang :
1) Testing server.. Off ASP kemudian On PHP pada Xampp.
2) Setting database dalam MySQL.
3) Bina Site
4) Bina Connection
5) Buat Form dalam Dreamweaver..
Kami juga dapat blaja cara nak buat nak tetapkan sekuriti admin 1 dan admin 2... nak kene balik ulangkaji.. hehe..
Selepas dapat bantuan nota dari kawan-kawan sekelas, masalah selesai.. tq kengkawan.. Aktiviti 1 telah dapat disiapkan..
1) Testing server.. Off ASP kemudian On PHP pada Xampp.
2) Setting database dalam MySQL.
3) Bina Site
4) Bina Connection
5) Buat Form dalam Dreamweaver..
Kami juga dapat blaja cara nak buat nak tetapkan sekuriti admin 1 dan admin 2... nak kene balik ulangkaji.. hehe..
Selepas dapat bantuan nota dari kawan-kawan sekelas, masalah selesai.. tq kengkawan.. Aktiviti 1 telah dapat disiapkan..
Friday, March 23, 2012
Kelas Minggu Kelima
Ilmu ASP x mantap lagi, dah dapat pelajaran baru.. PHP plak... PHP lebih mudah berbanding ASP... walupun lebih senang, tp aku tertinggal step sebab Prof gune gear speed... (termenung aku seketika.. Huhu).. nampaknye kene blaja dari nota la... yang tertinggal tue x byk sangat, dekat last-last jer... laptop aku sudah ada icon XAMPP Control Panel.. hehe.. ASP bleh gune, PHP pun bleh gune, tapi xbleh gune serentak.. hehe..
u/p Prof Zaida: Prof ada wat tusyen x? tusyen ASP & PHP percume... hehe
Kelas Minggu Keempat
Kelas pada minggu keempat nie lagi banyak yang dipelajari.. Kami diajar buat laman web gune ASP... cara nak install IIS, create site, create database file(gune MS Access), create connection, create asp input, insert asp server behavior... mase nak install IIS kat laptop, dia mintak masukkan Driver windows XP simpack 2... mane aku nak cari.. simpack 3 adala... terpaksalah gune komputer kat lab... renyah jgk nak guna ASP nie.. cerewet... (maklumlah masih belum mahir).. alhamdulillah skrg dah boleh install IIS kat laptop.. pinjam CD Driverdari kawan sekolah (tq cikgu Zul).. taaapiii ilmu ASP aku masih belum mantap lagi.. hehe..
Kelas Minggu Ketiga
Kelas minggu ketiga pula, kami diajar buat hyperlink.. 4 jenis hyperlink iaitu 1) 1 html file --> other html file, 2) html file --> other homepage, 3) in different location within html file ( gune anchor untuk 'jump' page ke atas dan ke bawah), 4) link to email..... balik rumah try buat, maka inilah hasilnya... design x cantik tapi berfungsi dengan baik termasuklah 'link' ke Utusan Malaysia... Minggu yang menyeronokkan...
Kelas Minggu Kedua
Tuesday, February 28, 2012
Kelas Minggu Pertama..
Subscribe to:
Posts (Atom)