Sunday, May 13, 2012

Kelas Minggu ke-Sebelas

Pada minggu ini, kami telah diberi perisian Apps 3. Semasa Apps 1, kami telah explore dan belajar tentang interface dan juga kegunaan Adobe Flash, manakala Apps 2, kami telah belajar untuk melukis gambar dan menekap gambar menggunakan Onion tool.

Minggu ini, kami diberi peluang untuk explore Apps 3, dalam Apps 3 kami diajar untuk membuat animasi seperti bola melantun, huruf bertukar kepada image, semut berjalan ikut laluannya dan banyak lagi...

Ini adalah antara hasil dari pembelajaran melalui Apps i-Pad.

1)bola melantun
2)FLASH bertukar sebuah Bintang
3)Semut Pandai

Tuesday, May 1, 2012

Kelas Minggu ke-10

Pada kelas minggu ke-10 ini, kami diberi peluang untuk mencuba iPad bagi mempelajari Adobe Flash. Pengajar kami Miss Nurul Farhana yang juga merupakan pelajar Phd telah membantu kami sebagai pemudahcara. Kali ini kami belajar secara Mastery Learning dan juga kaedah Student Centred. iPad dan juga perisian Flash yang disediakan memudahkan kami memahami maksud setiap icon yang terdapat dalam paparan Flash. Dengan perisian mesra pengguna ini kami berkemungkinan boleh memahami semuanya secara teori, namun saya berharap kami dapat belajar secara praktikal, mungkin melalui tugasan-tugasan yang disediakan.. (tak sabar nak belajar buat animasi pokok yang tumbuh dari biji benih, tumbuh dan seterusnya membesar dan mengeluarkan buah)..